Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki bagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis ganja seberat 84.67 gram pada Disember 2022 yang lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dato’ Nu’aman bin Mahmud Zuhudi selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kannan Ramachandram di akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, beliau telah ditahan di hadapan restoran Gandhi pada 15 Disember 2022. Beliau didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari 5 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif telah memanggil 4 saksi sepanjang perbicaraan. Kannan diwakili oleh Dato’ Geethan Ram Vincent dan Shanmathi Sashidharan.

CategoryMedia