Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

PETALING JAYA – Seorang lelaki hari ini dilepaskan dan dibebaskan bagi pertuduhan melakukan ugutan jenayah pada Ogos 2020 yang lalu.

Majistret Tuan Zhafran Rahim Hamzah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Suresh Kumar A/L Krisnin di akhir kes pendakwaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Suresh telah didakwa mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah terhadap pengadu, Rajeswary a/p Appana pada 18 Ogos 2020 di Jalan Penchala, Petaling Jaya.

Sebanyak 4 orang saksi telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Binti Md Kamal, manakala pihak Pembelaan diwakili oleh Dato’ Geethan Ram Vincent.

CategoryMedia