Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT

Dari kiri: Dato’ Geethan Ram, Jagjit Singh, dan Karthi.

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan dua lelaki bagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis heroin dan Monoacetylmorphines seberat 56.2 gram pada Februari 2021 yang lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yang Arif Dato’ Norsharidah Binti Awang selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua Tertuduh, Jagjit Singh a/l Butaha Singh dan Karthi a/l Perumal di akhir kes pendakwaan.

Kedua-dua Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kereta di hadapan bangunan Pejabat Urusan Optronic Technologies Sdn. Bhd., Subang Jaya, Selangor pada 5 Februari 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebutan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pihak Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini telah memanggil 8 orang saksi di dalam kes ini. Kedua-dua Tertuduh diwakili oleh Dato’ Geethan Ram.

CategoryMedia