
Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT
Dari kiri: Dato’ Geethan Ram Vincent, ASP Sherman, Lans Koperal Faizal Miza dan Lavanyia Raja
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan dua orang penjawat awam bagi pertuduhan meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM 3,000.00 sekitar November 2018 yang lalu.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh YA Dato’ Ahmad Zaidi Ibrahim dan bersidang bersama YA Mohamed Zaini Bin Mazlan dan YA Dato’ Azmi bin Ariffin membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan ASP Sherman bin Salleh, 47 dan Lans Koperal Faizal Miza bin Zakariah, 40.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mensabitkan mereka bagi kesalahan di bawah Seksyen 16a(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan dan denda sebanyak RM15,000.00 bagi pertuduhan pertama dan penjara selama 47 bulan dan RM18,000.00 denda bagi pertuduhan kedua.
Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen, kedua-kedua penjawat awam tersebut telah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi, di mana rayuan mereka telah ditolak.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Sew Wee manakala Dato’ Geethan Ram dan Lavanyia Raja mewakili perayu Kedua, Lans Koperal Faizal Miza.