Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT

Thines a/l Venugopal

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki hari ini dilepaskan dan dibebaskan bagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 971.7 gram pada Mei 2021 yang lalu.

Hakim Yang Arif Dato’ Ahmad bin Bache membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Thines a/l Venugopal, 31 di akhir kes pembelaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebutan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah memanggil Thines untuk membela diri setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie.

Sebanyak 7 orang saksi telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah binti Mohamad. Manakala 2 lagi saksi telah dipanggil oleh pihak Pembelaan yang diwakili oleh Dato’ Geethan Ram.

CategoryMedia