Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT

Dari kiri: Lavanyia Raja, Aaaron Chong dan Dato’ Geethan Ram Vincent.

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki bagi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis Methampethamine seberat 379.7 gram pada Ogos 2018 yang lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan bersidang bersama YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim dan YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim secara sebulat suara telah membenarkan rayuan Aaron Chong Chernlin.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mensabitkan beliau bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, Aaron telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan, di mana rayuan beliau telah ditolak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling manakala Dato’ Geethan Ram dan Lavanyia Raja mewakili perayu.

CategoryMedia