Sunday, 21 April 2024 04:34PM MYT

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki bagi dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 710.91 gram dan Ketamine seberat 7.30gram pada Oktober 2019 yang lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yang Arif Dato’ Abu Bakar bin Katar selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Pandian A/L Ganapathy di akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, beliau ditahan di dalam motorkar di Jalan Perwira 10, Taman Tun Aminah, Johor Bahru. Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebutan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Beliau turut didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq bin Mohd Ghazali telah memanggil 4 saksi sepanjang perbicaraan. Pandian diwakili oleh Dato’ Geethan Ram dan Lavanyia Raja.

CategoryMedia