Selepas 5 tahun, dua bekas pemain bola bebas tuduhan rasuah

Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti  dan 
SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membebaskan sabitan bersalah terhadap seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan seorang bekas pemain kelab tempatan daripada tuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM20,000 kepada penjaga gawang dan pemain kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA), lima tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datin Rohani Ismail pada prosiding keputusan rayuan yang dibuat Khairul Anuar Baharum, 48, dan G Prem Kumar, 54, terhadap sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dikenakan terhadap kedua-duanya oleh Mahkamah Sesyen dua tahun lalu.

CategoryMedia