PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini melepaskan dan membebaskan
tiga sahabat termasuk seorang wanita daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki yang
mayatnya sehingga kini tidak dijumpai.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun
Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Mohd Zulhiami Md Darus, 37,
Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 32, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 29, untuk mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Okt 2019, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas
mereka.
Tengku Maimun dalam penghakiman ringkasnya berkata peguam-peguam perayu telah
menimbulkan beberapa isu dan mahkamah ini mendapati isu utama yang dibangkitkan adalah sama
ada perayu-perayu dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.
Setelah mendengar hujah peguam perayu-perayu dan pendakwa raya serta meneliti alasan
penghakiman dan rekod rayuan, kami berpuas hati bahawa keseluruhan perbicaraan berlangsung
dengan cara yang tidak menepati undang-undang. Hal ini memprejudiskan perayu-perayu dan
mengakibatkan sabitan terhadap mereka tidak selamat.
Oleh itu, kami membenarkan rayuan ketiga-tiga perayu. Perintah oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang
disahkan oleh Mahkamah Rayuan diketepikan dan ketiga-tiga perayu dilepas dan dibebaskan
(daripada pertuduhan), kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Hakim Besar
Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.
Selepas mahkamah memberikan keputusan, Mohd Zulhiami dan Muhammad Rahmat dilihat
berpelukan manakala Siti Nor Asiah yang terkejut dengan keputusan itu mengalirkan air mata.